Articles by "PSS"

Showing posts with label PSS. Show all posts


Rabu | 11 Oktober 2017, Pada Hari kedua, Peserta bengkel telah dibawa ke SMK Kadok bagi tujuan mengenalpasti bahan yang perlu ada dalam fail.

Lawatan ke sana telah dapat memberikan banyak manfaat kepada semua peserta terutamanya bagi tujuan penyediakan fail-fail mengikut standard yang betul.

Selain itu, peserta juga dapat input yang berguna ketika sesi perbincangan secara kumpulan. Objektif bengkel pada hari kedua telah berjalan dengan baik. 


Pada 10 Oktober 2017, Pusat kegiatan daerah kota Bharu telah melaksanakan Program Khidmat Bantu Bersepadu PSS di sekolah Kebangsaan Zainab 2.

Program yang dihadiri oleh seramai 16 orang guru Media dan Perpustakaan Sekolah telah dimulakan dengan Taklimat Pengurusan Sekolah Cemerlang dan Sistem fail PSS oleh En dazuki [Ketua PKG Tapang. Bagi menyampaikan penerangan berkaitan instrumen dan rubrik pemarkahan APSSC, En Zaki Yamani telah diminta untuk membentangkan pengalaman beliau semasa pemarkahan mengikut item semasa .

Selepas rehat, semua peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap peserta perlu memahami 3 fail yang ditugaskan. Peserta diberi tugasan untuk menyusun, mengenalpasti bahan sokongan atau dokumen yang hilang dan mencatatkan bagi tujuan penyediaan oleh pihak sekolah pada masa hadapan.


Pada 9 Oktober 2017, Pusat Kegiata Guru Kota telah melaksanakan Program Khidmat Bantu Nasihat kepada GPMS SK Zainab 2.

Program ini dilaksanakan bagi melancarkan Program Khidmat Bantu PSS secara bersepadu yang akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Oktober 2017. Perbincangan yang bermula pada jam 9.30 pagi adalah berkaitan perjalanan program Khidmat Bantu bersepadu dan pengagihan tugas serta dokumentasi program.

Selain itu, Khidmat nasihat juga dilaksanakan kepada Guru Penyelaras Bestari berkaitan pengurusan Makmal Komputer dan penggunaan VLE oleh warga sekolah terutamanya murid-murid.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.