Latest Post

Pada 10 Jan 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Negeri Kelantan telah melaksanakan mesyuarat Penyelarasan MBMMBI. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi bertujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dibuat bagi menjayakan hasrat KPM ke arah penggunaan Teknologi pendidikan dalam PdPC.
Mesyuarat yang dipengerusikan  KPP BTPN telah dihadiri oleh KPP Unit Akademik JPN, Pegawai bahasa PPD, Pegawai SIC+, PTP dan Ketua PKG Daerah Negeri kelantan






Pad 10 Jan 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Negeri Kelantan telah melaksanakan mesyuarat Penyelarasan MBMMBI. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi bertujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dibuat bagi menjayakan hasrat KPM ke arah penggunaan Teknologi pendidikan dalam PdPC.
Mesyuarat yang dipengerusikan  KPP BTPN telah dihadiri oleh KPP Unit Akademik JPN, Pegawai bahasa PPD, Pegawai SIC+, PTP dan Ketua PKG Daerah Negeri kelantan











Bengkel Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) ini diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan dan mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan melalui pengintegrasian kandungan pembelajaran dan bahan pendidikan yang dapat diperoleh daripada 17 saluran Astro yang disediakan dalam pakej KABKS.

Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) merupakan projek tanggungjawab sosial korporat atauCorporate Social Responsibility (CSR) Yayasan Astro Kasih yang bertujuan menyokong matlamat dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membawa kandungan dan pengalaman pembelajaran yang holistik kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

Projek KABKS ini menyokong pembelajaran di sekolah melalui kandungan pendidikan tempatan dan antarabangsa Astro, sumbangan teknologi Astro, dan tenaga serta kemahiran pekerja Astro.

Projek KABKS ini melibatkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), 15 buah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG), 9,522 buah sekolah untuk penyelenggaraan set peralatan Kampus Astro dan 470 buah sekolah untuk pemasangan baharu bagi tahun 2016.

Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan tanpa sebarang implikasi kewangan kepada KPM.





Berikut merupakan contoh template rancangan mengajar untuk digunakan oleh peserta Bengkel KABKS ini.

Pada akhir bengkel ini, setiap peserta akan dapat menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian yang bersesuaian dengan rancangan televisyen yang disediakan oleh program KABKS ini agar dapat digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah.

Borang Pemantauan Pemasangan

PKG Kota terletak di daerah Kota Bharu merupakan sebuah PKG  berbangunan beroperasi di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kota Terletak 5 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kelantan.

PKG Kota mempunyai 34 buah sekolah ahli. Dari jumlah itu, 9 daripadanya merupakan SMK , sebuah SMA  dan 24buah sekolah kebangsaan.

Pada 8 dan 9 Januari 2017, unit Pengurusan Strategik BTPN Kelantan telah melaksanakan Bengkel Pemurnian SKT PKG bertempat di bilik Bestari 1. Bengkel pada hari pertama dimulai dengan ucapan dan amanat KPP BTPN Kelantan (En. Nasir bin Mohd Noor), seterusnya disambung dengan Taklimat Ketua-ketua Unit BTPN.








 Cadangan Isi kandungan File VLE-Frog
A. Surat-menyurat (Separator 1)
Surat PPD/JPN (salinan)
Surat makluman VLE-Frog kepada warga sekolah
Surat edaran dalaman / LADAP

B. Jawatankuasa / Task Force (Separator 2)
Carta Organisasi
Senarai Champions

C. Mesyuarat Jawatankuasa (Separator 3)
Notis mesyuarat
Minit mesyuarat

D. Perancangan Strategik (Separator 4)
Carta Gantt
Pelan Tindakan
Pelan Operasi

E. Manual / Bahan Rujukan / Dokumen (Separator 5)
Modul pelaksanaan
Senarai ID guru / murid / parents
Surat Aku janji

F. Dokumentasi (Separator 6)
Brosur
Gambar

G. VLE GM1M





Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.