October 2017


Pada 15 Oktober 2017, Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kota Bharu bil.4/2017 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar PKG Kota. 

Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi bertujuan membincangkan mengenai persediaan mesyuarat JKPA yang akan dilaksanakan pada 23 Oktober 2017 dan Pelaporan keberhasilan (PBPPP). Kehadiran ahli mesyuarat seramai 6 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan 2 orang PPTM/JTK PKG Daerah Kota Bharu telah mencapai kata sepakat iaitu Pembahagian tugas dalam melancarkan perjalanan mesyuarat seterusnya mengambil kata putus bagi penyeragaman fail PBPPP. 

 Mesyuarat tamat pada pukul 1.00 tengah hari.


Pada 12 Oktober 2017, Satu taklimat telah diberikan oleh UPKP berkaitan Program khidmat Bantu Fasa 2.  Bagi Program IKBB Fasa 2, PTP 1, PTP 2 dan PPTM (JTK) perlu mengisi borang maklumat pegawai melalui url iaitu: http://btp.moe.gov.my/login .
Keutamaan pemilihan sekolah berdasarkan Capaian 1Bestarinet sekolah, tahap kerosakan peralatan ICT  dan penggunaan VLE.
Tiga hari sebelum Program IKBB Fasa 2 dilaksanakan, pihak PKG perlu mengisi borang berkaitan khidmat bantu yang diberikan. Selepas Porgram khidmat bantu, pihak PKG perlu mengisi borang selesai pelaksaanaan program dalam tempoh sekurang-kurangnya sebelum tiga hari program dilaksanakan. 






Rabu | 11 Oktober 2017, Pada Hari kedua, Peserta bengkel telah dibawa ke SMK Kadok bagi tujuan mengenalpasti bahan yang perlu ada dalam fail.

Lawatan ke sana telah dapat memberikan banyak manfaat kepada semua peserta terutamanya bagi tujuan penyediakan fail-fail mengikut standard yang betul.

Selain itu, peserta juga dapat input yang berguna ketika sesi perbincangan secara kumpulan. Objektif bengkel pada hari kedua telah berjalan dengan baik. 

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.