January 2017

Pada 25 Januari 2017, PKG Kota telah melaksanakan perkongsian kaedah mengimport data APDM ke dalam Sistem VLE. Perkongsian ini telah dilaksanakan bagi memudahkan guru dalam menguruskan dan mentadbir user dalam sistem VLE. Pn Fatma Diyana telah membimbing kaedah mengimport data dan pembetulan teknikal pada data sheet. Selain itu , penggunaan Frogplay juga dikongsikan sebagai latihan atau Tugasan murid. Perkongsian ilmu yang bermula pada jam 2.30 petang tamat pada jam 4.00 petang.




Pada 22 Januari 2017, PKG Tapang telah menganjurkan majlis perkongsian ilmu yang bertajuk Pengurusan Pusat Sumber & Pembestarian (PSS - Bestari) Leader Coaching Stage 1. Penceramah , En Dazuki Ketua PKG Tapang banyak memberikan info dan berkongsi rahsia untuk menjadi Pegawai yang dapat meninggalkan impak yang besar kepada sekolah ahli.
Antara isi kandungan Program:

Tujuan:
- Englighten Management Skill ( Mengukuh kemahiran pengurusan)
- Built and Lift Up Confident Level (Membina keyakinan diri)
- Share and Boom (Perkongsian dan impak)

What Shall We Have ??
-Courage - keinginan
-Personality - gaya + penampilan
-Skills - kemahiran
-Knowledge
-Public speaking skills
-Aura Persona
-Benchmark (self tour)

Faktor pengurusan yang perlu ada di sekolah
-Manager (Pentadbir/ PGB)
-Material / Bahan
-Manpower / Guru
-Money (Sumber kewangan)




Pada 22 Januari 2017, PKG Kota telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan PKG Bil.1//2017 bagi melancarkan pelaksanaan SKT PKG. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Sarid telah dihadiri oleh Pn Fatma Diyana dan En Sharmi, mankala Pn Solawati tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kawasan banjir.
Agenda Mesyuarat tersebut ialah:

Agenda 1: Ucapan Pengerus
1.1 Pengerusi memohon maaf kerana melaksanakan mesyuarat secara ad-hoc, namun mesyuarat terpaksa dilaksanakan kerana tidak mahu aktiviti/ program yang dirancang tergendala.
1.2 Pengerusi berharap warga PKG Kota dapat mematuhi kehadiran yang ditetapkan dan meningkatkan tahap kemahiran profesionalisme supaya program yang dilaksanakan dapat meninggalkan impak kepada sekolah ahli. Satu program latihan yang berkaitan tugas staf akan dilaksanakan.
1.3 Harapan pengerusi agar pada tahun 2017 sekolah ahli, terutamanya SK Kota dapat menonjol dalam pelaksanaan pembestarian sekolah. satu program khas untuk SK Kota akan dilaksanakan. Bagi sekolah ahli yang lain, program akan dilaksanakan mengikut keperluan dan permohonan sekolah ahli.

Agenda 2: SKT PKG Kota 2017

2.1 Pemantauan Pembestarian Sekolah (34 buah sekolah ahli)
2.2 Khidmat Bantu PSS (2 buah sekolah ahli)
2.3 Bengkel ( 2 bengkel – GPB/GPICT & GPM) Jenis/ tajuk bengkel bergantung kepada pilihan peserta
2.4 Khidmat bantu ICT – bergantung pada permohonan sekolah

Agenda 3: LAPORAN PKG
3.1 Laporan VLE, ICT, PSS, NILAM, MEDIA dll (wujudkan satu folder dan namakan folder mengikut kategori)
3.2 Penubuhan Pusat Akses di PKG Kota – kegunaan murid & guru SK Kota
3.3 Program Peningkatan Profesionalisme Staf PKG Kota
3.4 Sebarang keputusan  mesyuarat akan diputuskan secara bersama

Agenda 4: Hal-hal Lain
4.1 Pusat Akses diwujudkan di PKG untuk kegunaan guru dan murid SK Kota
4.2 Memberi kebenaran kepada warga PKG untuk terlibat dalam bengkel atau khidmat bantu yang dilaksanakan oleh PKG lain bagi meningkatkan kompetensi diri.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 dengan bacaan Surah Al-Ash





Pada 19 Januari 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan Negeri kelantan telah mengadakan Taklimat Penyelarasan Bengkel Media Pendidikan bertempat di bilik UMIP.
Taklimat yang bermula pada jam 9.30 telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah UMIP dan dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN, PKG dan Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat yang terpilih. Taklimat ini dilaksanakan bagi menyelaras semula jadual/ masa program dan tempoh masa bagi setiap penceramah dalam setiap topik untuk Taklimat Roadshow nanti.










Bengkel Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) ini diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan dan mempertingkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan melalui pengintegrasian kandungan pembelajaran dan bahan pendidikan yang dapat diperoleh daripada 17 saluran Astro yang disediakan dalam pakej KABKS.

Projek Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) merupakan projek tanggungjawab sosial korporat atauCorporate Social Responsibility (CSR) Yayasan Astro Kasih yang bertujuan menyokong matlamat dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membawa kandungan dan pengalaman pembelajaran yang holistik kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

Projek KABKS ini menyokong pembelajaran di sekolah melalui kandungan pendidikan tempatan dan antarabangsa Astro, sumbangan teknologi Astro, dan tenaga serta kemahiran pekerja Astro.

Projek KABKS ini melibatkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), 15 buah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG), 9,522 buah sekolah untuk penyelenggaraan set peralatan Kampus Astro dan 470 buah sekolah untuk pemasangan baharu bagi tahun 2016.

Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan tanpa sebarang implikasi kewangan kepada KPM.





Berikut merupakan contoh template rancangan mengajar untuk digunakan oleh peserta Bengkel KABKS ini.

Pada akhir bengkel ini, setiap peserta akan dapat menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian yang bersesuaian dengan rancangan televisyen yang disediakan oleh program KABKS ini agar dapat digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah.

Borang Pemantauan Pemasangan

Pada 17 Jan 2017, Pusat Kegiatan Guru Kota telah melaksanakan pemantauan dan khidmat bantu nasihat berkaitan penggunaan 1BestariNet dalam PdPC di SK Sultan Ismail 3, Kota Bharu.
PTP1 dan Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat PKG Kota telah membuat speedtest capaian internet di pejabat dan makmal komputer sekolah. Hasil daripada speedtest tersebut menunjukkan capaian internet di sekolah tersebut adalah amat baik.Sebanyak 5 buah Netbook telah digunakan untuk mengakses Frog VLE, hasilnya Frog VLE boleh diakses dengan lancar.
Guru ICT telah diberikan penerangan berkaitan cara yang paling mudah untuk membolehkan murid menggunakan VLE. selain save id dan password, guru ict juga ditunjukkan cara bagaimana setting google agar murid dapat login dengan cepat.
Hasil daripada pemantauan tersebut, penggunaan VLE oleh murid dan kurang masih amat lemah walaupun jadual penggunaan VLE di makmal komputer telah disediakan dengan baik. Pihak PKG akan melaksanakan program khidmat bantu penggunaan 1BestariNet kepada sekolah tersebut dalam masa yang terdekat bagi membolehkan guru dan murid memanfaatkan ICT dalam PdPC.

Khidmat Bantu Nasihat

Test Log Masuk  VLE

Makmal Komputer

Perbincangan

Speedtest

Pejabat

Pada 12 Jan 2017, Mesyuarat Pengurusan PKG daerah Kota Bharu telah dilaksanakan bertempat di PKG Tapang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua PKG Tapang (Selaku Kapten) membincangkan beberapa agenda bagi memantapkan pengurusan PKg seterusnya meninggalkan impak kepada sekolah ahli.
Antara pengisain mesyuarat  ialah sesi  Ta'ruf bagi mendekatkan lagi silaturahim antara staf PKG Daerah kota Bharu. Seterusnya agenda yang lebih penting antaranya Teknik gerak Gempur Kemenjadian. Melalui program coaching kepada guru dan pelajar adalah diharapkan peserta yang mewakili Kota Bharu akan mendapat kejayaan yang cemerlang bukan hanya di peringkat  negeri malah di peringkat kebangsaan. PKG Daerah akan menjalinkan kerjasama dengan PPD Kota Bharu bagi menjayakan program tersebut. Persediaan dan perancangan jadual akan bermula seawal bulan Januari bagi memastikan kejayaan wakil dari daerah Kota Bharu.
Program pemantapan Gerak Gempur VLE PPD Kota Bharu juga akan dilaksanakan melalui kaedah coaching (pertemuan dengan PGB) dan sesi taklimat. Program coaching akan menggunakan kaedah yang paling mudah menggunakan Frog VLE dalam PdPC bagi menyakinkan guru-guru seterusnya menarik minat mereka.
Untuk Program APSC, PKG daerah juga akan mendapatkan kerjasama PPD dalam memastikan sekolah dari Kota Bharu mendapat kejayaan. Pada masa Program khidmat bantu APSc dilaksanakan, Taklimat berkaitan media pendidikan iaitu Kampus Astro, MBMMBI dan VLE juga akan diberikan.
Pengerusi majlis meminta agar ahli mesyuarat menjalankan pemantauan awal bagi mengelakkan ada sekolah yang tercicir kerana KPI untuk pemantauan 2017 adalah 100%.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.








Pada 10 Jan 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Negeri Kelantan telah melaksanakan mesyuarat  Pelaksanaan Program Roadshow Media Pendidikan perinkat Negeri Kelantan. Program yang bermula pada jam 2.00 petang bertujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dibuat bagi menjayakan hasrat KPM ke arah penggunaan Teknologi pendidikan dalam PdPC.
Mesyuarat yang dipengerusikan  KPP BTPN telah dihadiri oleh KPP Unit Akademik JPN, Pegawai bahasa dan Pegawai teknik & Vokasioanl serta Pegawai SIC+ PPD. PTP Unit Media dan Ketua PKG Daerah Negeri kelantan turut dijemput dalam mesyuarat tersebut.



Pada 10 Jan 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Negeri Kelantan telah melaksanakan mesyuarat  Pelaksanaan Program Roadshow Media Pendidikan perinkat Negeri Kelantan. Program yang bermula pada jam 2.00 petang bertujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dibuat bagi menjayakan hasrat KPM ke arah penggunaan Teknologi pendidikan dalam PdPC.
Mesyuarat yang dipengerusikan  KPP BTPN telah dihadiri oleh KPP Unit Akademik JPN, Pegawai bahasa dan Pegawai teknik & Vokasioanl serta Pegawai SIC+ PPD. PTP Unit Media dan Ketua PKG Daerah Negeri kelantan turut dijemput dalam mesyuarat tersebut.




Pada 10 Jan 2017, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Negeri Kelantan telah melaksanakan mesyuarat Penyelarasan MBMMBI. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi bertujuan membincangkan pelan tindakan yang akan dibuat bagi menjayakan hasrat KPM ke arah penggunaan Teknologi pendidikan dalam PdPC.
Mesyuarat yang dipengerusikan  KPP BTPN telah dihadiri oleh KPP Unit Akademik JPN, Pegawai bahasa PPD, Pegawai SIC+, PTP dan Ketua PKG Daerah Negeri kelantan






Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.