SK SERI KOTA - BIMBINGAN PENGUJIAN LEBAR JALUR

Pada 14 februari 2016, Pegawai Teknologi Pendidikan (En. Sarid) telah melakukan lawatan ke SK Seri Kota bagi membimbing guru penyelaras ICT dalam melaksanakan pengujian Jalur lebar yang perlu dilaksanakan pada setiap minggu dan dihantar pada setiap 2 hb.
GPICT telah dibimbing kaedah mendapatkan gambar speedtest dan pautan gambar yang perlu dimasukkan ke dalam borang pengujian.
Selain itu, PTP PKG Kota juga telah mengadakan perbincangan bersama Guru Besar SK Seri kota berkaitan prestasi penggunaan VLE sekolah. pihak pentadbir dapat melihat prestasi sekolah iaitu penggunaan murid dan guru pada setiap minggu berdasarkan pautan yang telah diemelkan. Seramai 8 orang guru muda telah dikenalpasti bagi program galakguna VLE dalam PdPC.





Post a Comment

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.