Pertandingan Idola Nilam Sekolah PPD Kota Bharu

Pada 8 Ogos 2017, Pusat Kegiatan Guru Daerah Kota Bharu telah melaksanakan Pertandingan Idola Nilam bagi murid-murid Daerah kota Bharu.

Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan murid-murid dalam meningkatkan jumlah dan kualiti bahan bacaan. Program ini juga dilaksanakan bagi mencari wakil Tokoh Nilam yang akan mewakili
Daerah Kota Bharu dalam Pertandingan Tokoh Nilam peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2018.

Selain itu, satu bengkel penggunaan VLE dalam PdPc juga telah dilaksanakan kepada guru-guru pengiring. Seramai 30 orang guru pengiring telah dibimbing menggunakan kaedah yang paling ringkas tetapi menarik penglibatan murid.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi, berakhir dengan Penyampian Hadiah dan Sijil yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd. Ezani b. Awang (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu) bersama En. Lokman b. Ishak (Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN Kelantan). Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.
Labels: ,

Post a Comment

[blogger]

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.